Friday, 15 August 2014

BUKU PENYELIDIKAN TINDAKAN



Hubungi penulis buku 
Dr.Ahamad Shabudin Yahaya
drshabudin@yahoo.com
017-3539238
atau
Dr.Kartini Abdul Mutalib
dr_tini@yahoo.com
kartini@pendidikguru.edu.my

IPG Kampus Pendidikan Teknik
Bandar Enstek
Negeri Sembilan

Friday, 4 July 2014

LAGU-LAGU ALAM SEKITAR


Mari mendengar lagu-lagu alam sekitar


Video klip disediakan oleh - Dr.Shabudin


Wednesday, 2 July 2014

MINYAK SEGAR UDARA BERSIH



Penyebaran bahan buangan dan asap oleh kenderaan merupakan penyumbang utama kepada pemcemaran udara. Oleh itu gunakan minyak tanpa plumbum dan rendah sulfur dalam kehidupan harian.

"Mari menjaga alam sekitar anugerah Allah"

Monday, 30 June 2014

VIDEO KLIP ALAM SEKITAR

VIDEO KLIP ALAM SEKITAR

Penggunaan video merupakan salah satu kaedah yang sesuai digunakan dalam PdP Pendidikan Alam Sekitar bagi menarik perhatian pelajar untuk belajar.

Video klip bukan sahaja dapat menarik perhatian pelajar malah dapat memeotivasikan pelajar bagi menjiwai elemen dan pengaruh tentang alam sekitar. Nilai alam sekitar seperti menyayangi alam sekitar dapat dipupuk kepada pelajar dengan lebih mudah.   

Animasi yang kreatif dan lagu-lagu latar belakang yang sesuai dapat memberikan pembelajaran yang lebih bermakna kepada pelajar.



Aktiviti:
Cuba tonton video klip yang ditunjukkan dan buat satu rumusan tentang nilai-nilai murni alam sekitar yang ingin disampaikan atau ditonjolkan. 

Friday, 27 June 2014

PENERAPAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS KURIKULUM



 PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS KURIKULUM

Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar. 


Matlamat utama Pendidikan Alam Sekitar adalah seperti kenyataan berikut.

“…. to develop a world population that is aware of and concerned about environment and its associated problems and which has the knowledge, skills, attitudes, motivation and commitment to work individually and collectively towards the solution of its current problem and prevention of new ones.”

                                                                                      (UNESCO, 1976)
                                                                               

Tuesday, 3 June 2014

ISU-ISU ALAM SEKITAR: LATIHAN

LATIHAN  TAJUK: ISU-ISU ALAM SEKITAR

Alam sekitar mempunyai peranan dan hubungan yang sangat penting dengan kehidupan manusia. Semakin bertambah populasi manusia maka semakin bertambah juga masalah dan isu yang berkaitan dengan alam sekitar.




Bincangkan apakah punca-punca isu-isu alam sekitar dan juga impak isu tersebut.

Tuesday, 8 April 2014

BIODIVERSITI



APAKAH BIODIVERSITI??

            Biodiversiti atau kepelbagaian biologi adalah variasi pelbagai bentuk organisma atau ­hidupan dari pelbagai sumber di alam ini. Biodiversiti merangkumi semua bentuk kehidupan dari sekecil mikroorganisma hingga ke hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan seperti ikan paus serta pokok-pokok yang besar. Setakat ini hampir 1.7 juta spesies telah dikenal pasti, namun para saintis menganggarkan jumlah spesies yang terdapat di dunia ini adalah lebih dari 100 juta. Biodiversiti dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:

            Kepelbagaian spesies – merujuk kepada kepelbagaian organisma di sesuatu kawasan. Misalnya pelbagai spesies iaitu gajah, harimau, pokok dan sebagainya .

            Kepelbagaian genetik – merujuk kepada kepelbagaian gen dalam ses­uatu spesies. Gen adalah bahan pewarisan yang diturunkan daripada induk kepada generasi berikutnya. 

            Kepelbagaian ekosistem – merujuk kepada kepelbagaian ekosistem seperti laut, hutan tanah tinggi, padang rumput, padang pasir, ekosistem akuatik, paya bakau dan sebagainya. Ekosistem mempunyai kepelbagaian hidupan yang berbeza-beza bergantung kepada iklim dan jenis tanamannya.



 biodiversity.ca.gov › Resources
 www.nwf.org/Wildlife/.../Biodiversity.aspx


Saturday, 8 February 2014

MARI BERFIKIR

ADAKAH GAYA HIDUP SAYA LESTARI??

Perhatikan gambar-gambar kartun yang ditunjukkan di bawah bagi mencetuskan idea anda. Berdasarkan idea tersebut, bina satu jadual perbandingan yang menunjukkan lima contoh aktiviti gaya hidup lestari yang boleh anda lakukan di rumah dan juga di tempat kerja.


Friday, 3 January 2014

WARGA ALAM SEKITAR


                                   KONSEP DAN CIRI WARGA ALAM SEKITAR

            Apakah maksud warga alam sekitar? Warga alam sekitar atau Environmental Citizenship ditakrifkan sebagai           

a notion of ‘civic virtue’ (Dobson, 2003) that manifests in the behavior, attitude, values, and action of an individual. It involves both the exercising of environmental rights and carrying out ecological responsibilities.”
 (Ho Yuek Ming, 2007)


“An environmental citizen is an environmentally responsible individual who displays responsible environmental behaviour. He or she takes action in solving environmental problems either at the individual level or in a group and when necessary initiates legislative or political actions.”

 (Azizi Muda, 2007)