APAKAH BIODIVERSITI??
Biodiversiti atau
kepelbagaian biologi adalah variasi pelbagai bentuk organisma atau hidupan
dari pelbagai sumber di alam ini. Biodiversiti merangkumi semua bentuk
kehidupan dari sekecil mikroorganisma hingga ke hidupan liar dan
tumbuh-tumbuhan seperti ikan paus serta pokok-pokok yang besar. Setakat ini
hampir 1.7 juta spesies telah dikenal pasti, namun para saintis menganggarkan
jumlah spesies yang terdapat di dunia ini adalah lebih dari 100 juta. Biodiversiti
dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:
Kepelbagaian
spesies – merujuk kepada
kepelbagaian organisma di sesuatu kawasan. Misalnya pelbagai spesies iaitu
gajah, harimau, pokok dan sebagainya .
Kepelbagaian
genetik – merujuk kepada
kepelbagaian gen dalam sesuatu spesies. Gen adalah bahan pewarisan yang
diturunkan daripada induk kepada generasi berikutnya.
Kepelbagaian
ekosistem – merujuk kepada
kepelbagaian ekosistem seperti laut, hutan tanah tinggi, padang rumput, padang
pasir, ekosistem akuatik, paya bakau dan sebagainya. Ekosistem mempunyai
kepelbagaian hidupan yang berbeza-beza bergantung kepada iklim dan jenis
tanamannya.
biodiversity.ca.gov › Resources
www.nwf.org/Wildlife/.../Biodiversity.aspx
No comments:
Post a Comment