VIDEO KLIP ALAM SEKITAR
Penggunaan video merupakan salah satu kaedah yang sesuai digunakan dalam PdP Pendidikan Alam Sekitar bagi menarik perhatian pelajar untuk belajar.
Video klip bukan sahaja dapat menarik perhatian pelajar malah dapat memeotivasikan pelajar bagi menjiwai elemen dan pengaruh tentang alam sekitar. Nilai alam sekitar seperti menyayangi alam sekitar dapat dipupuk kepada pelajar dengan lebih mudah.
Animasi yang kreatif dan lagu-lagu latar belakang yang sesuai dapat memberikan pembelajaran yang lebih bermakna kepada pelajar.
Aktiviti:
Cuba tonton video klip yang ditunjukkan dan buat satu rumusan tentang nilai-nilai murni alam sekitar yang ingin disampaikan atau ditonjolkan.
No comments:
Post a Comment